Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 26 Julai 2012

CEREKA:Erti mahabbAH



Perkahwinan memang sesuatu yang diimpikan, berada disisi orang yang kita sayang mengharungi onak dan duri. Saat getir terasa indah, saat susah terasa senang. Tapi...macam mana pula jika perkahwinan secara paksaan, dijodohkan oleh ibubapa, tanpa rela di jiwa. Berbicara tak pernah , apatah lagi bersua muka. Aku (Ashraf) mengalami dilema apabila kedua orang tuaku ingin menjodohkanku dengan seorang gadis yang tak pernah aku kenal. Namanya Zeulaiha Najihah, rupanya bukanlah cantik sangat, biasa-biasa saja, tudung tak pernah lepas dari kepalanya dihadapan lelaki bukan mahramnya. Aku menentang sekeras-kerasnya, tapi ayahku lebih bijak bermain kata, akhirnya aku tewas di medan pertempuran.Dia...akur dengan perintah kedua ibubapanya.
  Hatiku semakin membengkak apabila Syakila, wanita yang aku puja memutuskan hubungan kami sebaik saja aku memberitahunya tentang Zeulaiha Najihah."Kalau U nak sangat kat pompuan tu, U kawinlah. Jangan cari I atau jumpa I lagi!!mulai hari ni!detik ini!kita tak ada apa-apa hubungan lagi. NOKTAH!!"bagai mahu gugur tangkai hatiku ini saat mendengar kata-kata yang menujah keluar dari bibir mungilnya.Cuba kupujuk dengan pelbagai cara,namun itu semua hanyalah sia-sia semata. Saat yang cuba kuelakan mengunjung tiba, dengan sekali lafaz sahaja dia sah menjadi isteriku.Raut wajahnya tampak tenang dengan secalit senyuman di bibirnya, secalit senyuman manis itu makin membakar hatiku.
  Pagi-pagi lagi dia sudah menyediakan sarapan untukku, aku masih berselimutkan 'kulit babi' di atas katil.


"Abang, dah lama azan subuh. Bangun sembahyang." lembut Zeulaiha memanggil.



"emmm!!"



"Abang.." 



"Senyaplah!! Aku tau lah nk sembahyang, ko ingat aku kafir ke?!!"tengkingku kasar. Dia membisu. Kemudian bersuara kembali. "Abang sembahyang tau".



Zeulaiha sedang leka mengemas meja sehingga tidak perasan akan kehadiran aku. "Dah masak??aku nak makan" aku bersuara agak keras supaya dia tahu yang aku sangat membencinya!!.Ya! aku sangat membencinya, dia penyebab  Syakila tinggalkan aku, putuskan hubungan dengan aku, dia penyebab kawan-kawan aku memperlekehkan citarasa aku. Dialah penyebab segala-galanya.



"Dah abang, saya buat nasi goreng. Duduk  bang saya dah sediakan" dia menarik kerusi ke belakang membiarkan aku duduk.



"Nasi goreng!! Hei kau ingat aku ni budak ke apa nak makan nasi goreng! Umur aku dah 27 tahun lah. Kau ni Bodoh ke hapa, Otak letak kat lutut susah sangat nak fikir. Pakai je tudung. Itu la orang tak berlajar patutlah macam ni.Itu yang makbapak kau kahwinkan kau, sebab kau tu menyusahkan, BODOH!"Darahku mendidih, tanganku mengigil mencari habuan.



"Abang.."



"Pang" Bunyinya bergema seisi rumah. Air mata deras mengalir turun di pipinya, tapi dia masih tersenyum.? Hatiku semakin membengkak, terus ku rampas breifcase dari tangannya dan mengorak langkah meninggalkan rumah.,,



BERsambung,,



tak ada idea laqi.. :/ 

Ahad, 22 Julai 2012

mengapa wanita lebih ramai di neraka??


~ Perempuan mengambil sambil lewa dalam kewajipan menutup aurat.
salah satu masalah wanita ialah payah untuk menyembunyikan kecantikan yang mereka ada. Kalau boleh, mereka mahu menunjukkan apa perhiasan yang cantik yang ada pada mereka. Baginya aurat itu tidak mengapa, pakai tudung jambul terkeluar..pakai tudung ada bonggol unta. Bukankah islam sudah mengajarkan cara-cara menutup aurat yang betul, sah. Islam bukan hendak menyeksa kamu tetapi untuk menjaga, melindungi, memartabatkan maruahmu wahai kaum hawa. Kecantikanmu bukan bahan tayangan yang boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi untuk orang yang sah bagimu (suami).

~ Tidak taat kepada suami
Islam sudah mengatakan bahawa wanita yang sudah berkahwin hendaklah taat kepada suaminya. Selagi mana ia tidak menyuruhmu melakukan kemungkaran kamu hendaklah menurutinya, jikalau pun ia menyuruhmu melakukan kemungkaran kamu tidak boleh menolaknya dengan kasar tetapi tolah dengan lemah lembut/ menasihatinya.
Sesengguhnya syurga isteri adalah di bawah telapak kaki suaminya.

~ Membiarkan nafsu menguasai diri mereka
Mereka ini mementingkan perhiasan dunia daripada perhaisan diri mereka di akhirat kelak.

~ Tabarruj
Wanita ini adalah wanita akhir zaman, berpakaian tetapi malangnya seperti bertelanjang, memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka dan merangsang nafsu kaum adam.

Rasulullah pernah bersabda: wanita lebih senang masukke syurga apabila mereka mengerjakan 4 tuntutan iaitu:
-solat 5 waktu sehari semalam
-bepausa  di bulan ramadan
-menjaga kehormatannya (aurat)
-mentaati suaminya 

WANITA ADALAH PERHIASAN DUNIA ,

Sabtu, 21 Julai 2012

Cerpen: Sutera Violet Buat Ibu



“Adam! Adam! bangun, dah subuh” suara suci ibu kedengaran di corong telingaku. Tanganku mengosok-gosok mata yang layu.Aku mengeliat seketika.
“Adam!”
“Ya!” pantas aku memotong panggilan ibu,jika tidak di sahut melarat pula jadinya nanti.Tanganku mencapai tuala yang berada di birai katil dan langkahku dihayun menuju ke dapur.Aroma nasi goreng mengetuk deria bauku,perutku terasa kosong minta diisi.“Hah,mandi dulu baru makan.Adik tengah dekat perigi belakang tu,pergi teman dia” sergah ibu yang baru keluar dari bilik,pasti mengambil pakaian kotor aku dan adik untuk dicuci.
Hanya senyuman yang meniti di bibirku,lantas aku mengangguk perlahan dan menapak ke perigi di belakang rumah.Udara pagi pastinya sejuk,kakiku berair dibasahi embun.Aku menguap untuk kali yang ketiga. ‘bestnya tidur time-time cam ni’ desis hati kecilku. Senyuman meleret di bibirku sepanjang menunggu adik usai mandi.Tanpa disedari,aku terlena buat seketika dalam keadaan bercangkung.Bagai terkena renjatan elektrik apabila renjisan air terkena di wajahku.Aku terkasima,mataku berkelip-kelip.
“Ibu suruh teman orang,dia boleh tidur pula” ngomel adikku.
“Lambat sangat mandi” balasku spontan.
Usai mandi langkahku terus diatur menuju ke dapur. “Adam nanti tolong hantarkan kuih-muih atas meja tu kat warung cik Lijah ye! Ibu nak ke pekan sebentar” pesan ibu. “Ya!” aku menjawab sebelum ibu hilang dari pandanganku.Sesudah seketika ibu pergi,aku melontarkan pandanganku ke arah adik yang sedang menikmati sepinggan nasi goreng. “Adik dah sembahyang ke belum” tanyaku.
“Dah”
“Kenapa tak tunggu abang,berjemaah sekali” kali ni aku cuba menduganya,samada dia masih ingat ceramahku tentang kebaikan solat berjemaah atau tidak.Mukaku mula dicebikkan.
“Nak tunggu tadi,tapi mak suruh sembahyang dulu.Katanya abang lambat,lagipun abang kata tak baik melambatkan sembahyang” jawapan spontan adik adik betul-betul menampar mukaku.Aku tersenyum malu. ‘Pandai betul adik aku seorang ni’ getusku dalam hati.
Aku lirikan tubir mataku ke arah jam ‘7:08 minit,matahari dah naik terang,bolehlah aku hantar kuih sekarang’.
“Adik jaga rumah! Abang nak pergi hantar kuih kejap” pesanku sebelum memimpin basikal tuaku ke arah ‘jalan besar’.Kuih-muih dan nasi lemak tersusun rapi di bakul hadapan.Warung cik Lijah sudah kelihatan dari jauh.Ramai juga penduduk kampung menghabiskan masa di sana.Yang tua,permainan dam tersusun rapi di atas meja.Tangan-tangan tua yang berkedut seribu pantas mengerakkan buah-buah dam itu.Orang muda? Seperti biasa,melepak!.
“Adam!Kuih apa hari ni?”petah bicara cik Lijah sambil tangannya mengelap meja.
“Macam biasa,Cuma hari ni ibu rajin buat nasi lemak” Bakul kuih kuletakkan di atas meja. “Petang nanti saya datang ambil bakul ya” ujarku.cik Lijah hanya mengangguk tanda setuju. “Adam,ibu kamu buat nasi lemak ya.Sedap betul nasi lemak ibu kamu,dah lama Tok Ei tak makan” jelas Tok Ei. “Memang sedap Tok,sampai boleh mengigau malam” Tok Ei dan cik Lijah tergelak mendengar gurauanku.Kelakar agaknya.
“Dulu..”
“Tak apalah Tok,nak balik cepat ada kerja sikit” tukasku pantas.Jika dilayan Tok yang sudah lebih setengah abad ni,sampai ke petang takkan habis.Yalah orang tua,pasti banyak yang nak diceritakannya.Tentang peperanganlah,pasal ibu muda-muda dululah.Memang seronok mendengarnya,tapi jikalau setiap hari mendengar cerita yang sama,naik jenuh telinga ini mendengarnya.
Waktu maghrib menjelang tiba,matahari sudah berada di ufuk barat.Tapi ibu masih belum kelihatan.Wajah ibu belayar di ruang mindaku.Wajah ibu yang sayu,segala penat lelahnya untuk kami.Ibu memang seorang yang tabah.Ayahku kemalangan ketika dalam perjalanan hendak melawat ibu yang baru sahaja melahirkan Hafiz iaitu adikku.Nyawanya tidak dapat diselamatkan,mungkin Allah lebih menyayanginya.Ibu hampir berputus asa untuk meneruskan hidupnya.Berkat ketabahan ibu serta rangsangan daripada rakan-rakan terdekat.Ibu berjaya mengharungi segala onak dan duri untuk berdiri teguh sehingga ke saat ini.Sudah lapan tahun ayah meninggaklkan kami ketika itu jugalah umurku lapan tahun.
“Ibu dah balik!”manja laungan adik menyambut ibu memecah kesunyian laman rumah.Pantas aku menolong ibu mengangkat barang.
Mulut adik tak henti-henti bercerita tentang perihal rakan-rakannya,aku hanya tersenyum diam sambil mendengar celotehnya walaupun tidak semuanya dapatku tangkap.Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk pulang dari sekolah.Setibanya di rumah,adik terus berlari ke dapur.Pasti hendak mengadu sesuatu pada ibu,apa yang hendak diadukan pun aku tidak tahu.
Perlahan-lahan aku membuka tudung saji,telur goreng,ayam goreng tepung dan sayur kangkung mengetuk seleraku.Ibu pasti menyuruh kami mandi,tukar pakaian dan solat.Sebagai anak,kami menghormati cara ibu mendidik kami,kami akur dengan kehendak ibu.Selepas itu barulah kami dibenarkan makan.
Adik begitu berselera menikmati hidangan.Bukan kerap kali kami dapat seperti sekarang ini.Bila ibu ada rezeki lebih hasil titik peluh ibu bekerja di kilang dan hasil jualan kuih-muih dan nasi lemak dapat juga kami menikmati makanan enak sebegini.Betapa besarnya pengorbanan ibu,jika dikumpulkan selautan air di dunia ini,masih tidak akan mampu menandingi kasih dan cinta wanita bergelar ibu terhadap anaknya.Petang itu ibu menyuruhku memenyekkan tin-tin yang sudah dikumpulkan dibelakang rumah.Adik pula sedang tidur,mungkin dia kepenatan.Senja mula melabuhkan tirainya,tin-tin yang perluku ketuk hanya tinggal beberapa sahaja. ‘Baik aku habiskan sebelum senja’gerutu hati kecilku.
“Adik! Bangun,dah maghrib ni”suara ibu memecah kesunyian senja malam.Pasti sedang mengejutkan adik.Tidak lama kemudian,hentakkan demi hentakkan kaki kedengaran.Tanpa melengahkan waktu,aku terus menyusun tapak ke rumah.
“Kenapa bu?”tanyaku prihatin.
“Tak ada apa-apa”jawab ibu perlahan.Sayu wajah ibu.Ada air yang bertakung di tubir mata ibu.Ibu menangis?tapi kenapa?apa adik dah buat? Semakin banyak persoalan yang timbul di hujung fikiranku.Terbit rasa hiba di hati.
“Adik marah ibu ya sebab ibu kejut dia?”
“Taklah,salah ibu”sayu suara ibu menjawab seperti sedang menyembunyikan rasa kecewanya.
Pagi rabu itu,adik pergi tanpa bersalaman dengan ibu,sarapan pun tidak dijamahnya.Awal-awal lagi dia telah pergi ke sekolah.Apa yang dirajukkan sampai begitu sekali?
“Adam,duit belanja ini berikan pada adik.Pergi kejar dia,nanti dia kelaparan pula sebab tak bawa duit”risau betul ibu tentang adik.
Pantas adik berjalan ,jenuh juga aku mengejarnya.Aku berjalan berhampiran adik,dia tetap senyap membisu.
“Adik,esok hari ibu,adik nak bagi ibu apa-apa?”aku bertanya sambil menerapkan rasa sayang pada ibu dalam hati adik.
“Abang,semalam adik tak ada niat pun nak marah ibu,nak gaduh dengan ibu atau nak sakitkan hati ibu.Adik tahu berdosa,tapi fikiran adik celaru sangat masa ibu kejut.Macam ada benda yang dorong adik marah ibu.Adik nak minta maaf pada ibu tapi adik malu nak cakap.Adik sayang ibu,adik tak nak kasar dengan ibu lagi.”luah adik.Aku tersenyum mendengarnya.
“Kenapa nak malu?ibu bukan orang lain.Adik minta maaf dengan ibu ya,nanti kita belikan hadiah untuk ibu sama-sama.”
“Yalah kalau macam tu,kita beli sutera ya.Adik nak tengok sangat ibu pakai sutera”
Aku hanya mengangguk.
Pulang dari sekolah,aku dan adik menuju ke kedai menjual pakaian dan kain.Kedainya tampak usang dan berserabut.Lama aku membelek-belek kain di situ,semuanya nampak cantik.
“Adik cari apa dik?”seorang wanita separa umur datang menyapa.
“Saya cari sutera,kalau boleh nak yang murah-murah”sempat aku bergurau denganya.
“Kalau adik cari sutera,jom ikut akak.Murah-murah saja”pinta wanita itu.
Wanita itu menunjukkan banyak kain sutera,cantik-cantik semuanya.Rambang mataku,namun mataku terpana melihat segulung sutera yang halus buatannya.Warnanya keunguan lembayung dan bercorak batik.
“Berapa harga semeter?soalku ramah.
“50 ringgit sahaja”
“Bolehlah,saya ambil lima meter”nasib baik wangku mencukupi.Itupun hasil aku bekerja semasa cuti dan wang simpananku.Banyak kerja yang aku lakukan pada waktu cuti seperti mengambil upah membasuh kereta,memotong rumput.Ibu tak pernah mengajar kami meminta-minta apalagi menagih simpati pada orang lain,kata ibu ‘tak baik meminta-minta orang lain tak suka,lagi-lagi kalau suka minta simpati’.Adik menyentuh lenganku,aku tersedar dari lamunan.Adik sudah tidak sabar-sabar untuk pulang.
Langkahku mati apabila melihat banyak kenderaan berada di halaman rumah.Seribu satu tanda tanya bersarang di kotak fikiranku.
“Abang kenapa ada banyak kereta ni?”tiada sepatah jawapan yang mampu kujawab dek kebingungan menghantui.Langkahku terus dipercepatkan,adik yang berada di pimpinanku terkejar-kejar mengikut langkahku.Bacaan kalimah-kalimah suci surah yasin bergema di seluruh isi rumah.Kakiku longlai bagai dipanah sembilu,ada kejernihan mutiara gugur di tubir mata.Aku melutut dihadapan sekujur tubuh kaku dibaluti kain putih.
“Ibu!!”ku dengar sesalan bemi sesalan terbit bersama kejernihan butir-butir mutiara.Adik memeluk ibu seeratnya.
“Ibu bangunlah!adik janji tak akan marah ibu lagi,adik janji tak nak tidur petang lagi.Ibu bangunlah,ibu tak sayang adik lagi ke?Ibu nak tinggalkan adik macam ayah tinggalkan adik”perlahan-lahan adik menyelimuti tubuh ibu dengan sutera violet bercorak batik. “Ibu bangunlah,tengok apa yang adik dengan abang belikan untuk ibu,ibu tak suka ke?kalau ibu tak suka adik beli yang lain.Tapi ibu janji,ibu bangun tau!!”.Kurangkul erat tubuh adik,seerat kasih sayangku.
“Kenapa bang?kejap lagi ibu bangun lah.Janganlah nangis,ibu tak suka” ada gelora yang bergelora di dada.Ada getir yang meruntun jiwa dan raga. Sutera violet masih erat digenggam,seerat kasih yang dipendam.
Gelak tawa,senyumannya,nasihat,amarahnya masih segar di ingatan.Hiba merajai di jiwa,rasa sebak menghantui.Tangkai jantungku bagai disiat-siat,ditusuk belati tajam. “Ibu bangun! ibu bangun!” adik mula menggoncang tubuh ibu.Aku mengeratkan lagi rangkulanku.Tersiksa jiwa ini memendam sebak di hati.
Sesaat berlalu,maut datang menyapa.Jemputan malaikat Izrail mengerikan,tiada secebis apatah lagi sekelumit senyuman.Semoga roh ibu ditempatkan diantara orang-orang yang solehah dan sentiasa dicucuri rahmat dari-NYA. AL-FATIHAH.






                                                                                                     Hasil nukilan: an-nadhar adhwa :)