Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 21 Julai 2012

Cerpen: Sutera Violet Buat Ibu



“Adam! Adam! bangun, dah subuh” suara suci ibu kedengaran di corong telingaku. Tanganku mengosok-gosok mata yang layu.Aku mengeliat seketika.
“Adam!”
“Ya!” pantas aku memotong panggilan ibu,jika tidak di sahut melarat pula jadinya nanti.Tanganku mencapai tuala yang berada di birai katil dan langkahku dihayun menuju ke dapur.Aroma nasi goreng mengetuk deria bauku,perutku terasa kosong minta diisi.“Hah,mandi dulu baru makan.Adik tengah dekat perigi belakang tu,pergi teman dia” sergah ibu yang baru keluar dari bilik,pasti mengambil pakaian kotor aku dan adik untuk dicuci.
Hanya senyuman yang meniti di bibirku,lantas aku mengangguk perlahan dan menapak ke perigi di belakang rumah.Udara pagi pastinya sejuk,kakiku berair dibasahi embun.Aku menguap untuk kali yang ketiga. ‘bestnya tidur time-time cam ni’ desis hati kecilku. Senyuman meleret di bibirku sepanjang menunggu adik usai mandi.Tanpa disedari,aku terlena buat seketika dalam keadaan bercangkung.Bagai terkena renjatan elektrik apabila renjisan air terkena di wajahku.Aku terkasima,mataku berkelip-kelip.
“Ibu suruh teman orang,dia boleh tidur pula” ngomel adikku.
“Lambat sangat mandi” balasku spontan.
Usai mandi langkahku terus diatur menuju ke dapur. “Adam nanti tolong hantarkan kuih-muih atas meja tu kat warung cik Lijah ye! Ibu nak ke pekan sebentar” pesan ibu. “Ya!” aku menjawab sebelum ibu hilang dari pandanganku.Sesudah seketika ibu pergi,aku melontarkan pandanganku ke arah adik yang sedang menikmati sepinggan nasi goreng. “Adik dah sembahyang ke belum” tanyaku.
“Dah”
“Kenapa tak tunggu abang,berjemaah sekali” kali ni aku cuba menduganya,samada dia masih ingat ceramahku tentang kebaikan solat berjemaah atau tidak.Mukaku mula dicebikkan.
“Nak tunggu tadi,tapi mak suruh sembahyang dulu.Katanya abang lambat,lagipun abang kata tak baik melambatkan sembahyang” jawapan spontan adik adik betul-betul menampar mukaku.Aku tersenyum malu. ‘Pandai betul adik aku seorang ni’ getusku dalam hati.
Aku lirikan tubir mataku ke arah jam ‘7:08 minit,matahari dah naik terang,bolehlah aku hantar kuih sekarang’.
“Adik jaga rumah! Abang nak pergi hantar kuih kejap” pesanku sebelum memimpin basikal tuaku ke arah ‘jalan besar’.Kuih-muih dan nasi lemak tersusun rapi di bakul hadapan.Warung cik Lijah sudah kelihatan dari jauh.Ramai juga penduduk kampung menghabiskan masa di sana.Yang tua,permainan dam tersusun rapi di atas meja.Tangan-tangan tua yang berkedut seribu pantas mengerakkan buah-buah dam itu.Orang muda? Seperti biasa,melepak!.
“Adam!Kuih apa hari ni?”petah bicara cik Lijah sambil tangannya mengelap meja.
“Macam biasa,Cuma hari ni ibu rajin buat nasi lemak” Bakul kuih kuletakkan di atas meja. “Petang nanti saya datang ambil bakul ya” ujarku.cik Lijah hanya mengangguk tanda setuju. “Adam,ibu kamu buat nasi lemak ya.Sedap betul nasi lemak ibu kamu,dah lama Tok Ei tak makan” jelas Tok Ei. “Memang sedap Tok,sampai boleh mengigau malam” Tok Ei dan cik Lijah tergelak mendengar gurauanku.Kelakar agaknya.
“Dulu..”
“Tak apalah Tok,nak balik cepat ada kerja sikit” tukasku pantas.Jika dilayan Tok yang sudah lebih setengah abad ni,sampai ke petang takkan habis.Yalah orang tua,pasti banyak yang nak diceritakannya.Tentang peperanganlah,pasal ibu muda-muda dululah.Memang seronok mendengarnya,tapi jikalau setiap hari mendengar cerita yang sama,naik jenuh telinga ini mendengarnya.
Waktu maghrib menjelang tiba,matahari sudah berada di ufuk barat.Tapi ibu masih belum kelihatan.Wajah ibu belayar di ruang mindaku.Wajah ibu yang sayu,segala penat lelahnya untuk kami.Ibu memang seorang yang tabah.Ayahku kemalangan ketika dalam perjalanan hendak melawat ibu yang baru sahaja melahirkan Hafiz iaitu adikku.Nyawanya tidak dapat diselamatkan,mungkin Allah lebih menyayanginya.Ibu hampir berputus asa untuk meneruskan hidupnya.Berkat ketabahan ibu serta rangsangan daripada rakan-rakan terdekat.Ibu berjaya mengharungi segala onak dan duri untuk berdiri teguh sehingga ke saat ini.Sudah lapan tahun ayah meninggaklkan kami ketika itu jugalah umurku lapan tahun.
“Ibu dah balik!”manja laungan adik menyambut ibu memecah kesunyian laman rumah.Pantas aku menolong ibu mengangkat barang.
Mulut adik tak henti-henti bercerita tentang perihal rakan-rakannya,aku hanya tersenyum diam sambil mendengar celotehnya walaupun tidak semuanya dapatku tangkap.Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk pulang dari sekolah.Setibanya di rumah,adik terus berlari ke dapur.Pasti hendak mengadu sesuatu pada ibu,apa yang hendak diadukan pun aku tidak tahu.
Perlahan-lahan aku membuka tudung saji,telur goreng,ayam goreng tepung dan sayur kangkung mengetuk seleraku.Ibu pasti menyuruh kami mandi,tukar pakaian dan solat.Sebagai anak,kami menghormati cara ibu mendidik kami,kami akur dengan kehendak ibu.Selepas itu barulah kami dibenarkan makan.
Adik begitu berselera menikmati hidangan.Bukan kerap kali kami dapat seperti sekarang ini.Bila ibu ada rezeki lebih hasil titik peluh ibu bekerja di kilang dan hasil jualan kuih-muih dan nasi lemak dapat juga kami menikmati makanan enak sebegini.Betapa besarnya pengorbanan ibu,jika dikumpulkan selautan air di dunia ini,masih tidak akan mampu menandingi kasih dan cinta wanita bergelar ibu terhadap anaknya.Petang itu ibu menyuruhku memenyekkan tin-tin yang sudah dikumpulkan dibelakang rumah.Adik pula sedang tidur,mungkin dia kepenatan.Senja mula melabuhkan tirainya,tin-tin yang perluku ketuk hanya tinggal beberapa sahaja. ‘Baik aku habiskan sebelum senja’gerutu hati kecilku.
“Adik! Bangun,dah maghrib ni”suara ibu memecah kesunyian senja malam.Pasti sedang mengejutkan adik.Tidak lama kemudian,hentakkan demi hentakkan kaki kedengaran.Tanpa melengahkan waktu,aku terus menyusun tapak ke rumah.
“Kenapa bu?”tanyaku prihatin.
“Tak ada apa-apa”jawab ibu perlahan.Sayu wajah ibu.Ada air yang bertakung di tubir mata ibu.Ibu menangis?tapi kenapa?apa adik dah buat? Semakin banyak persoalan yang timbul di hujung fikiranku.Terbit rasa hiba di hati.
“Adik marah ibu ya sebab ibu kejut dia?”
“Taklah,salah ibu”sayu suara ibu menjawab seperti sedang menyembunyikan rasa kecewanya.
Pagi rabu itu,adik pergi tanpa bersalaman dengan ibu,sarapan pun tidak dijamahnya.Awal-awal lagi dia telah pergi ke sekolah.Apa yang dirajukkan sampai begitu sekali?
“Adam,duit belanja ini berikan pada adik.Pergi kejar dia,nanti dia kelaparan pula sebab tak bawa duit”risau betul ibu tentang adik.
Pantas adik berjalan ,jenuh juga aku mengejarnya.Aku berjalan berhampiran adik,dia tetap senyap membisu.
“Adik,esok hari ibu,adik nak bagi ibu apa-apa?”aku bertanya sambil menerapkan rasa sayang pada ibu dalam hati adik.
“Abang,semalam adik tak ada niat pun nak marah ibu,nak gaduh dengan ibu atau nak sakitkan hati ibu.Adik tahu berdosa,tapi fikiran adik celaru sangat masa ibu kejut.Macam ada benda yang dorong adik marah ibu.Adik nak minta maaf pada ibu tapi adik malu nak cakap.Adik sayang ibu,adik tak nak kasar dengan ibu lagi.”luah adik.Aku tersenyum mendengarnya.
“Kenapa nak malu?ibu bukan orang lain.Adik minta maaf dengan ibu ya,nanti kita belikan hadiah untuk ibu sama-sama.”
“Yalah kalau macam tu,kita beli sutera ya.Adik nak tengok sangat ibu pakai sutera”
Aku hanya mengangguk.
Pulang dari sekolah,aku dan adik menuju ke kedai menjual pakaian dan kain.Kedainya tampak usang dan berserabut.Lama aku membelek-belek kain di situ,semuanya nampak cantik.
“Adik cari apa dik?”seorang wanita separa umur datang menyapa.
“Saya cari sutera,kalau boleh nak yang murah-murah”sempat aku bergurau denganya.
“Kalau adik cari sutera,jom ikut akak.Murah-murah saja”pinta wanita itu.
Wanita itu menunjukkan banyak kain sutera,cantik-cantik semuanya.Rambang mataku,namun mataku terpana melihat segulung sutera yang halus buatannya.Warnanya keunguan lembayung dan bercorak batik.
“Berapa harga semeter?soalku ramah.
“50 ringgit sahaja”
“Bolehlah,saya ambil lima meter”nasib baik wangku mencukupi.Itupun hasil aku bekerja semasa cuti dan wang simpananku.Banyak kerja yang aku lakukan pada waktu cuti seperti mengambil upah membasuh kereta,memotong rumput.Ibu tak pernah mengajar kami meminta-minta apalagi menagih simpati pada orang lain,kata ibu ‘tak baik meminta-minta orang lain tak suka,lagi-lagi kalau suka minta simpati’.Adik menyentuh lenganku,aku tersedar dari lamunan.Adik sudah tidak sabar-sabar untuk pulang.
Langkahku mati apabila melihat banyak kenderaan berada di halaman rumah.Seribu satu tanda tanya bersarang di kotak fikiranku.
“Abang kenapa ada banyak kereta ni?”tiada sepatah jawapan yang mampu kujawab dek kebingungan menghantui.Langkahku terus dipercepatkan,adik yang berada di pimpinanku terkejar-kejar mengikut langkahku.Bacaan kalimah-kalimah suci surah yasin bergema di seluruh isi rumah.Kakiku longlai bagai dipanah sembilu,ada kejernihan mutiara gugur di tubir mata.Aku melutut dihadapan sekujur tubuh kaku dibaluti kain putih.
“Ibu!!”ku dengar sesalan bemi sesalan terbit bersama kejernihan butir-butir mutiara.Adik memeluk ibu seeratnya.
“Ibu bangunlah!adik janji tak akan marah ibu lagi,adik janji tak nak tidur petang lagi.Ibu bangunlah,ibu tak sayang adik lagi ke?Ibu nak tinggalkan adik macam ayah tinggalkan adik”perlahan-lahan adik menyelimuti tubuh ibu dengan sutera violet bercorak batik. “Ibu bangunlah,tengok apa yang adik dengan abang belikan untuk ibu,ibu tak suka ke?kalau ibu tak suka adik beli yang lain.Tapi ibu janji,ibu bangun tau!!”.Kurangkul erat tubuh adik,seerat kasih sayangku.
“Kenapa bang?kejap lagi ibu bangun lah.Janganlah nangis,ibu tak suka” ada gelora yang bergelora di dada.Ada getir yang meruntun jiwa dan raga. Sutera violet masih erat digenggam,seerat kasih yang dipendam.
Gelak tawa,senyumannya,nasihat,amarahnya masih segar di ingatan.Hiba merajai di jiwa,rasa sebak menghantui.Tangkai jantungku bagai disiat-siat,ditusuk belati tajam. “Ibu bangun! ibu bangun!” adik mula menggoncang tubuh ibu.Aku mengeratkan lagi rangkulanku.Tersiksa jiwa ini memendam sebak di hati.
Sesaat berlalu,maut datang menyapa.Jemputan malaikat Izrail mengerikan,tiada secebis apatah lagi sekelumit senyuman.Semoga roh ibu ditempatkan diantara orang-orang yang solehah dan sentiasa dicucuri rahmat dari-NYA. AL-FATIHAH.






                                                                                                     Hasil nukilan: an-nadhar adhwa :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan