Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 21 Oktober 2013

kenapa bahasakan diri 'ANA'??

أ سلام عليكم ....

SAYA, I, ANA, AKU semuanya membawa kepada maksud yg sama iaitu membahasakan diri sendiri.. kenapa ana menggunakan ana sebagai kata ganti diri?? dan kenapa ana suka belajar bahasa arab.. walaupon x berapa reti. try gak..hehe.. ana selalu gak gne bahasa ni kt sekolah.. sahabat ana yang start.
then kteorg practise gnekn walaupon kdg tersasul..



Sebab.... sebabnya ana nak cinta pada Nabi. ana nak jatuh cinta pada para sahabat. ana nak rasa apa yang pernah mereka rasa. Oleh sebab itu, ana perlu faham al-Quran sebagaimana yang mereka faham. Dan kalau nak faham al-Quran sepertimana yang mereka faham, nak jatuh cinta pada perjuangan mereka ana perlu belajar bahasa Arab. tak salah kalau ana bermula sedikit demi sedikit kan?


sebab ana suka gne ana, anta, antum bagai ni... sebab ana rasa (pada pandangan ana laa)

ana anta ni lebih dari sekadar makna saya awak.. akhi ukhti lebih dari saudara lelaki dan perempuan... membawa makna yg besar. yg terselit rasa mahabbah yg bukan skdar biasa2.. tp luar biasa.... hahaha...
mcm kte berkasih syg kerana-NYA.. SAHABAT!! kita berada bersama-sama di jalan dakwah.. dalam satu barisan sebagai sahabat seperjuangan..

ana selalu ber'ana' 'anta' 'antum' dgn sahabat ana SYAZWAN, HAJID, SAUFI, LUQMAN.. kami semua lebih rapat... Jazakumullahu khairan katsiran SAHABAT..


#ukhuwah fillah abadan abada# insyaallah.. :)





                      

Jauhkah kita daripada tuhan..?..



Assalamualaikum..alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis entri kali ini.. :)

kadang-kadang kita termenung sendiri sambil hati bermonolog dan tertanya-tanya mencari jawapan yang entah tidak pasti.. 

"kenapa hati aku rasa sunyi cam kosong jek" seringkali ucapan itu terdetik di hati. ana pon banyak kali mendengar ucapan itu dr sahabat ana.. (ana pon pernah rasa begitu)

"nape aku rasa sunyi, kosong, macam x de kehidupan... rasa mcm diri ini jauh dari ALLAH S.W.T.. semua rasa x kena, x tenang. Adakah ALLAH SWT sudah berlepas tgn dariku?? Astaghfirullahal 'azimm".!!

Betul... rasa sebegitu seringkali menghantui diri yg sentiasa dahagakan ilmu dan iman.. tidak lain dan tidak bukan puncanya adalah diri kita sendiri. Dosa dan maksiat yg kita lakukan selama ini adalah puncanya. Dosa dan maksiat yang kita lakukan menjauhkan kita daripada Allah dan limpahan rahmatnya.

seorang ulama' salaf pernah berkata "jika aku melakukan maksiat kepada ALLAH SWT, akan terlihatlh kesannya pada kederaan dan isteriku."

jadi,, apa yg perlu kita lakukan adalah banyakkanlah bertaubat dah muhasabah diri..insyaallah kita x kan putus dari rahmatnya.. INSYAALLAH...

#Rabbi yasir wa la tu'asir#

mencari kemanisan dalam kehidupan
mehnah mendatang terasa terbeban
bawa hatimu kepada tuhan
di sana menanti syurga idaman


*keep smile* An-Nadhar adhwa ^_^





CEREKA: erti mahabbah.. (2)

SAMBUNGAN...


 ZEULAIHA NAJIHAH menghenyakkan punggungnya di birai katil. Naik turun nafasnya menahan sendu."Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosaku ya Allah. Jika ujian ini mendekatkan aku kepadamu, kau kuatkanlah hatiku kau tabahkanlah hatiku. Kau berikanlah aku kesempatan untuk menjadi isteri solehah." doanya di hati. Dia bungkam, walau apapon dia mesti mencari jalan untuk mengambil hati suaminya.
*****
  Ashraf bungkam. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukannya.'Macam mana aku nak cari alasan untuk ceraikan dia'gumam hatinya. Apa yang pasti dia harus menceraikan perempuan itu, hatinya sakit bahkan membara setiap kali melihat Zeulaiha.
"TOK!TOK!" ketukan pintu memecah kesunyian ruang pejabat Ashraf.
"Masuk!" Ashraf bersuara.
"Encik, ada seorang perempuan nak jumpa. Katanya encik pasti nak jumpa dengannya" petah bicara setiausahanya.
"Suruh dia masuk"
Beberapa minit kemudian masuk seorang wanita dengan melentok-lentok dia datang kepada Ashraf.
"Syakila!!" Ashraf sedikit terjerit.
"Surprise!!"
"Kenapa U dating ke sini? ada apa-apa lagi ke yang kita perlu selesaikan?" suaranya dikeraskan supaya menunjukkan dia tidak merindui wanita dihadapannya ini, namun jauh disudut hati dia amat merindukan pemilik nama Syakila.
"U tak rindukan I ke? I tahu I salah, tapi masa tu I rasa marah sangat. Sudah bertahun kita bercinta, tup..tup.. U kahwin dengan perempuan lain. I'm sorry sangat! maafkan I" lembut suaranya meraih simpati. Bergegar jiwa lelaki Ashraf.
"U tahukan I sayangkan U sangat-sangat. I tak pernah lupakan U walau sedetik. Jom pergi lunch dengan I"
  Seharian masanya habis bersama wanita itu. Malam itu Ashraf pulang lewat ke rumah ketika jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Isterinya setia menunggu di ruang tamu bertemankan cahaya lampu pendaflour.
"Abang pulang lewat hari ini, abang banyak kerja ea?" lembut Zeulaiha bertanya meskipun dia tahu manakan ada seorang lelaki yang kerja di pajabat sehingga lewat sebegini. Lagipun dia sudah menelefon ke pejabat dan kata setiausaha suaminya, suaminya sudah keluar bersama seorang wanita dari tengah hari tadi dan tak balik-balik ke pejabat.
"Ko jangan sibuk hal aku, suka hati aku nak balik pukul berapa nak keluar pukul berapa! itu hal aku! PAHAM!!" \
Zeulaiha mengganguk lesu. "Abang dah makan? Zeu ada masak, Zeu pergi panaskan ye."
"Tak payah!" punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Badanya terasa letih.
"Abang nak apa-apa, kalau abang nak Zeu pergi ambilkan"
"Ehhh! pompuan ni, ko tak faham bahasa melayu ke! aku cakap aku tak nak apa-apa. Aku nak ko pergi m*mp*s!!" Zeulaiha ditolak kasar menyebabkan dia jatuh terjelopok ke lantai. Ashraf terus mencapai telefon dan terus mendail no. Syakila.
"U malam ni I tido rumah U" tersentak Zeulaiha mendengarnya. Ashraf mencapai kunci kereta dan terus meniggalkan rumah, panggilan isterinya langsung tidak dihiraukan. Zeulaiha hiba, hati wanitanya terus menangis.
  Dalam perjalanan ke rumah kekasihnya, Ashraf tidak henti-henti menyumpah seranah Zeulaiha. Hatinya semakin sakit apabila menerima pangilan telefon dari isterinya. Tanpa disedari, kereta yang dipandunya memasuki lorong jalan yang bertentangan!
"Arrrhhhhh"
to be continue....

MUTIARA KATA.. :)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada ilahi masih memberi kesempatan kepada ana untuk update blog ini. rasanya  dah lama x update.. kali ini ana nak update tentang kata hikmah, kata hikmah ini ade yg ana dapat dari sahabat seperjuangan ana dan ada yang ana copypaste dari blog lain..hehe :)

"Lindungilah kesedihan dengan SENYUMAN meskipun hati penuh kedukaan kerana KETABAHAN menempuh DUGAAN menunjukkan kita mempunyai IMAN"= dr sahabat seperjuangan.. syukran jiddan NAJWA TALIB.. :)

"Kalau yang ckp itu PERAK,, diam itu EMAS, tp kalau cakap pekara yg bermanfaat.. itulah PERMATA"

"Sahabat ibarat MAWAR BERDURI.. even ia kadang menyakitkan sekalipon.. ia tetap berharga.. so hargailah sebuah nilai PERSAHABATAN.."

"Sesiapa yg tak pernah merasai KEPAHITAN,, ia tidak akan mengenal erti KEMANISAN"

"Kegagalan dalam KEMULIAAN lebih baik dr kejayaan dlm KEHINAAN.."


"memberi sedikit dengan ikhlas lebih BAIK dari memberi dgn banyak tetapi diiringi dengan RIAK"

#KEEP SMILE.. :)