“Adam! Adam! bangun, dah subuh” suara suci ibu kedengaran di corong
telingaku. Tanganku mengosok-gosok mata yang layu.Aku mengeliat seketika.
“Adam!”
“Ya!” pantas aku memotong panggilan ibu,jika tidak di sahut melarat
pula jadinya nanti.Tanganku mencapai tuala yang berada di birai katil dan
langkahku dihayun menuju ke dapur.Aroma nasi goreng mengetuk deria
bauku,perutku terasa kosong minta diisi.“Hah,mandi dulu baru makan.Adik tengah
dekat perigi belakang tu,pergi teman dia” sergah ibu yang baru keluar dari
bilik,pasti mengambil pakaian kotor aku dan adik untuk dicuci.
Hanya senyuman yang meniti di bibirku,lantas aku mengangguk
perlahan dan menapak ke perigi di belakang rumah.Udara pagi pastinya sejuk,kakiku
berair dibasahi embun.Aku menguap untuk kali yang ketiga. ‘bestnya tidur time-time cam ni’ desis hati kecilku.
Senyuman meleret di bibirku sepanjang menunggu adik usai mandi.Tanpa
disedari,aku terlena buat seketika dalam keadaan bercangkung.Bagai terkena
renjatan elektrik apabila renjisan air terkena di wajahku.Aku terkasima,mataku
berkelip-kelip.
“Ibu suruh teman orang,dia boleh tidur pula” ngomel adikku.
“Lambat sangat mandi” balasku spontan.
Usai mandi langkahku terus diatur menuju ke dapur. “Adam nanti
tolong hantarkan kuih-muih atas meja tu kat warung cik Lijah ye! Ibu nak ke
pekan sebentar” pesan ibu. “Ya!” aku menjawab sebelum ibu hilang dari
pandanganku.Sesudah seketika ibu pergi,aku melontarkan pandanganku ke arah adik
yang sedang menikmati sepinggan nasi goreng. “Adik dah sembahyang ke belum”
tanyaku.
“Dah”
“Kenapa tak tunggu abang,berjemaah sekali” kali ni aku cuba
menduganya,samada dia masih ingat ceramahku tentang kebaikan solat berjemaah
atau tidak.Mukaku mula dicebikkan.
“Nak tunggu tadi,tapi mak suruh sembahyang dulu.Katanya abang
lambat,lagipun abang kata tak baik melambatkan sembahyang” jawapan spontan adik
adik betul-betul menampar mukaku.Aku tersenyum malu. ‘Pandai betul adik aku
seorang ni’ getusku dalam hati.
Aku lirikan tubir mataku ke arah jam ‘7:08 minit,matahari dah naik
terang,bolehlah aku hantar kuih sekarang’.
“Adik jaga rumah! Abang nak pergi hantar kuih kejap” pesanku
sebelum memimpin basikal tuaku ke arah ‘jalan besar’.Kuih-muih dan nasi lemak
tersusun rapi di bakul hadapan.Warung cik Lijah sudah kelihatan dari jauh.Ramai
juga penduduk kampung menghabiskan masa di sana.Yang tua,permainan dam tersusun
rapi di atas meja.Tangan-tangan tua yang berkedut seribu pantas mengerakkan
buah-buah dam itu.Orang muda? Seperti biasa,melepak!.
“Adam!Kuih apa hari ni?”petah bicara cik Lijah sambil tangannya
mengelap meja.
“Macam biasa,Cuma hari ni ibu rajin buat nasi lemak” Bakul kuih
kuletakkan di atas meja. “Petang nanti saya datang ambil bakul ya” ujarku.cik
Lijah hanya mengangguk tanda setuju. “Adam,ibu kamu buat nasi lemak ya.Sedap
betul nasi lemak ibu kamu,dah lama Tok Ei tak makan” jelas Tok Ei. “Memang
sedap Tok,sampai boleh mengigau malam” Tok Ei dan cik Lijah tergelak mendengar
gurauanku.Kelakar agaknya.
“Dulu..”
“Tak apalah Tok,nak balik cepat ada kerja sikit” tukasku
pantas.Jika dilayan Tok yang sudah lebih setengah abad ni,sampai ke petang
takkan habis.Yalah orang tua,pasti banyak yang nak diceritakannya.Tentang
peperanganlah,pasal ibu muda-muda dululah.Memang seronok mendengarnya,tapi
jikalau setiap hari mendengar cerita yang sama,naik jenuh telinga ini
mendengarnya.
Waktu maghrib menjelang tiba,matahari sudah berada di ufuk
barat.Tapi ibu masih belum kelihatan.Wajah ibu belayar di ruang mindaku.Wajah
ibu yang sayu,segala penat lelahnya untuk kami.Ibu memang seorang yang
tabah.Ayahku kemalangan ketika dalam perjalanan hendak melawat ibu yang baru
sahaja melahirkan Hafiz iaitu adikku.Nyawanya tidak dapat diselamatkan,mungkin
Allah lebih menyayanginya.Ibu hampir berputus asa untuk meneruskan hidupnya.Berkat
ketabahan ibu serta rangsangan daripada rakan-rakan terdekat.Ibu berjaya
mengharungi segala onak dan duri untuk berdiri teguh sehingga ke saat ini.Sudah
lapan tahun ayah meninggaklkan kami ketika itu jugalah umurku lapan tahun.
“Ibu dah balik!”manja laungan adik menyambut ibu memecah kesunyian
laman rumah.Pantas aku menolong ibu mengangkat barang.
Mulut adik tak henti-henti bercerita tentang perihal
rakan-rakannya,aku hanya tersenyum diam sambil mendengar celotehnya walaupun tidak
semuanya dapatku tangkap.Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk pulang
dari sekolah.Setibanya di rumah,adik terus berlari ke dapur.Pasti hendak
mengadu sesuatu pada ibu,apa yang hendak diadukan pun aku tidak tahu.
Perlahan-lahan aku membuka tudung saji,telur goreng,ayam goreng
tepung dan sayur kangkung mengetuk seleraku.Ibu pasti menyuruh kami mandi,tukar
pakaian dan solat.Sebagai anak,kami menghormati cara ibu mendidik kami,kami
akur dengan kehendak ibu.Selepas itu barulah kami dibenarkan makan.
Adik begitu berselera menikmati hidangan.Bukan kerap kali kami
dapat seperti sekarang ini.Bila ibu ada rezeki lebih hasil titik peluh ibu
bekerja di kilang dan hasil jualan kuih-muih dan nasi lemak dapat juga kami
menikmati makanan enak sebegini.Betapa besarnya pengorbanan ibu,jika
dikumpulkan selautan air di dunia ini,masih tidak akan mampu menandingi kasih
dan cinta wanita bergelar ibu terhadap anaknya.Petang itu ibu menyuruhku
memenyekkan tin-tin yang sudah dikumpulkan dibelakang rumah.Adik pula sedang tidur,mungkin
dia kepenatan.Senja mula melabuhkan tirainya,tin-tin yang perluku ketuk hanya
tinggal beberapa sahaja. ‘Baik aku habiskan sebelum senja’gerutu hati kecilku.
“Adik! Bangun,dah maghrib ni”suara ibu memecah kesunyian senja
malam.Pasti sedang mengejutkan adik.Tidak lama kemudian,hentakkan demi
hentakkan kaki kedengaran.Tanpa melengahkan waktu,aku terus menyusun tapak ke
rumah.
“Kenapa bu?”tanyaku prihatin.
“Tak ada apa-apa”jawab ibu perlahan.Sayu wajah ibu.Ada air yang
bertakung di tubir mata ibu.Ibu menangis?tapi kenapa?apa adik dah buat? Semakin
banyak persoalan yang timbul di hujung fikiranku.Terbit rasa hiba di hati.
“Adik marah ibu ya sebab ibu kejut dia?”
“Taklah,salah ibu”sayu suara ibu menjawab seperti sedang
menyembunyikan rasa kecewanya.
Pagi rabu itu,adik pergi tanpa bersalaman dengan ibu,sarapan pun
tidak dijamahnya.Awal-awal lagi dia telah pergi ke sekolah.Apa yang dirajukkan
sampai begitu sekali?
“Adam,duit belanja ini berikan pada adik.Pergi kejar dia,nanti dia
kelaparan pula sebab tak bawa duit”risau betul ibu tentang adik.
Pantas adik berjalan ,jenuh juga aku mengejarnya.Aku berjalan
berhampiran adik,dia tetap senyap membisu.
“Adik,esok hari ibu,adik nak bagi ibu apa-apa?”aku bertanya sambil
menerapkan rasa sayang pada ibu dalam hati adik.
“Abang,semalam adik tak ada niat pun nak marah ibu,nak gaduh dengan
ibu atau nak sakitkan hati ibu.Adik tahu berdosa,tapi fikiran adik celaru
sangat masa ibu kejut.Macam ada benda yang dorong adik marah ibu.Adik nak minta
maaf pada ibu tapi adik malu nak cakap.Adik sayang ibu,adik tak nak kasar
dengan ibu lagi.”luah adik.Aku tersenyum mendengarnya.
“Kenapa nak malu?ibu bukan orang lain.Adik minta maaf dengan ibu
ya,nanti kita belikan hadiah untuk ibu sama-sama.”
“Yalah kalau macam tu,kita beli sutera ya.Adik nak tengok sangat
ibu pakai sutera”
Aku hanya mengangguk.
Pulang dari sekolah,aku dan adik menuju ke kedai menjual pakaian
dan kain.Kedainya tampak usang dan berserabut.Lama aku membelek-belek kain di
situ,semuanya nampak cantik.
“Adik cari apa dik?”seorang wanita separa umur datang menyapa.
“Saya cari sutera,kalau boleh nak yang murah-murah”sempat aku
bergurau denganya.
“Kalau adik cari sutera,jom ikut akak.Murah-murah saja”pinta wanita
itu.
Wanita itu menunjukkan banyak kain sutera,cantik-cantik semuanya.Rambang
mataku,namun mataku terpana melihat segulung sutera yang halus
buatannya.Warnanya keunguan lembayung dan bercorak batik.
“Berapa harga semeter?soalku ramah.
“50 ringgit sahaja”
“Bolehlah,saya ambil lima meter”nasib baik wangku mencukupi.Itupun
hasil aku bekerja semasa cuti dan wang simpananku.Banyak kerja yang aku lakukan
pada waktu cuti seperti mengambil upah membasuh kereta,memotong rumput.Ibu tak
pernah mengajar kami meminta-minta apalagi menagih simpati pada orang lain,kata
ibu ‘tak baik meminta-minta orang lain tak suka,lagi-lagi kalau suka minta
simpati’.Adik menyentuh lenganku,aku tersedar dari lamunan.Adik sudah tidak
sabar-sabar untuk pulang.
Langkahku mati apabila melihat banyak kenderaan berada di halaman
rumah.Seribu satu tanda tanya bersarang di kotak fikiranku.
“Abang kenapa ada banyak kereta ni?”tiada sepatah jawapan yang
mampu kujawab dek kebingungan menghantui.Langkahku terus dipercepatkan,adik
yang berada di pimpinanku terkejar-kejar mengikut langkahku.Bacaan
kalimah-kalimah suci surah yasin bergema di seluruh isi rumah.Kakiku longlai
bagai dipanah sembilu,ada kejernihan mutiara gugur di tubir mata.Aku melutut
dihadapan sekujur tubuh kaku dibaluti kain putih.
“Ibu!!”ku dengar sesalan bemi sesalan terbit bersama kejernihan butir-butir
mutiara.Adik memeluk ibu seeratnya.
“Ibu bangunlah!adik janji tak akan marah ibu lagi,adik janji tak
nak tidur petang lagi.Ibu bangunlah,ibu tak sayang adik lagi ke?Ibu nak
tinggalkan adik macam ayah tinggalkan adik”perlahan-lahan adik menyelimuti
tubuh ibu dengan sutera violet bercorak batik. “Ibu bangunlah,tengok apa yang
adik dengan abang belikan untuk ibu,ibu tak suka ke?kalau ibu tak suka adik
beli yang lain.Tapi ibu janji,ibu bangun tau!!”.Kurangkul erat tubuh
adik,seerat kasih sayangku.
“Kenapa bang?kejap lagi ibu bangun lah.Janganlah nangis,ibu tak
suka” ada gelora yang bergelora di dada.Ada getir yang meruntun jiwa dan raga.
Sutera violet masih erat digenggam,seerat kasih yang dipendam.
Gelak tawa,senyumannya,nasihat,amarahnya masih segar di
ingatan.Hiba merajai di jiwa,rasa sebak menghantui.Tangkai jantungku bagai
disiat-siat,ditusuk belati tajam. “Ibu bangun! ibu bangun!” adik mula
menggoncang tubuh ibu.Aku mengeratkan lagi rangkulanku.Tersiksa jiwa ini
memendam sebak di hati.
Sesaat berlalu,maut datang menyapa.Jemputan malaikat Izrail
mengerikan,tiada secebis apatah lagi sekelumit senyuman.Semoga roh ibu
ditempatkan diantara orang-orang yang solehah dan sentiasa dicucuri rahmat
dari-NYA. AL-FATIHAH.
Hasil
nukilan: an-nadhar adhwa :)